Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya (Menarik!)

»

Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya (Menarik!) | Memang tidak dinafikan, wanitalebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.
lukisan
Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”
Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”
Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.
Comments

No comments:

Related posts

Masukan Email Anda Untuk Mendapatkan Update

Translate

Sedikit Motivasi

Tak selalu orang terpintar yang mendapatkan yang terbaik; orang yang mempunyai kegigihan membaca, orang yang terus bertahan dan tak pernah menyerahlah yang mencapai sukses.

Jika anda gagal dalam melakukan sesuatu, hanya satu yang harus anda lakukan, "TRY AGAIN" - See more at: http://blogjomblongenes.blogspot.com/#sthash.UYtxUzZP.dpuf
Jika anda gagal dalam melakukan sesuatu, hanya satu yang harus anda lakukan, "TRY AGAIN"
Jika anda gagal dalam melakukan sesuatu, hanya satu yang harus anda lakukan, "TRY AGAIN" - See more at: http://blogjomblongenes.blogspot.com/#sthash.UYtxUzZP.dpuf
Jika anda gagal dalam melakukan sesuatu, hanya satu yang harus anda lakukan, "TRY AGAIN" - See more at: http://blogjomblongenes.blogspot.com/#sthash.UYtxUzZP.dpuf
Jika anda gagal dalam melakukan sesuatu, hanya satu yang harus anda lakukan, "TRY AGAIN" - See more at: http://blogjomblongenes.blogspot.com/#sthash.UYtxUzZP.dpuf

Total Pageviews

Judul Widget 35

Guestbook
Other
OrnoX (remake) design by Dark Ard | All rights is reversed.
  • Post
  • Comments
  • Related
  • Guestbook
  • Author
  • Other